Tuesday 28 February 2012

Kerjaya Seorang Doktor Homeopathy

Seorang doktor tidak mempunyai tujuan yang lebih tinggi kecuali untuk memulihkan kesihatan orang yang sakit ,nilai murni ini ada dalam diri Doktor Homeopapathy umumnya ,menjalankan usaha “SENI PENYEMBUHAN” pesakit.
Kewajipan utama seorang Doktor Homeopathy ialah untuk menyelidiki seluruh keadaan orang yang sakit : sebab atau penyebab sakitnya; cara hidupnya atau kehidupan nya ;tabiat dari fikiran nya; gaya dan perangai dari sentimen nya ;pekerjaan nya;susunan bentuk tubuh nya dan gejala-gejala khusus dari masaalah yang dihadapi .Lebih dikenali “Apakah luahan hati pesakit itu”. Luahan hati ini adalah kunci utama dalam rawatan Homeopathy yang sering diabaikan dalam lain-lain rawatan perubatan dan pengubatan.Inilah perkara penting pada pendapat Hahnemann sebelum cara perubatan Homeopathy boleh dilaksanakan dengan jayanya untuk merawat penyakit orang yang sakit.
Menurut Hahnemann, Doktor Homeopathy akan dapat menyembuhkan pesakit jika sejarah pesakit itu dapat diketahui dengan jelas sebelum menentukan penawarnya, atau sebelum pemberian  ubat. Oleh itu ubat Homeopathy tidak layak dijual seperti ubat di Farmasi , kerana cerita pesakit dan sejarah yang berlainan walaupun sakit yang sama ;ubat atau penawar yang patut diterima adalah berlainan   satu sama lain. Sebagai contoh ;masalah batuk. Dalam Rawatan Homeopathy terdapat 43 jenis ubat yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah ini. Bukan sekadar ubat batuk yang boleh dibeli di kaunter. Ubat Homeopathy tidak sama seperti minyak cap kapak yang boleh di jual di mana sahaja. Untuk penyembuhan yang sempurna, perlu dipilih salah satu ubat dari 43 jenis tadi ,  yang paling sesuai dengan pesakit itu. Ubat-ubat tidak boleh diambil secara sendiri ( no self prescription in homeopathy) ianya harus diberikan oleh Doktor Homeopathy bertauliah mengikut simtomstologi.
Walau sekadar batuk , pesakit akan ditanya ; Sudah berapa lama batuk?; Bila masa paling kemuncak batuknya ?,Macam  mana gaya batuknya ?, jenis batuknya; kering atau basah?, warna kahak yang keluar ?,Waktu melarat atau bertambah sakitnya? Siang atau malam, ada yang jenis banyak bercakap, atau kena sejuk batuk akan bertambah.  Begitulah contoh yang perlu diteliti sebelum menentukan ubat untuk pesakit. Pernah saya merawat seorang kanak-kanak perempuan , berumur 6tahun, yang mengalami penyakit batuk kejang selama Sembilan bulan tanpa henti. Pesakit telah mendapat rawatan sebelum ini di hospital, dilain- lain klinik dan lima klinik pakar,; akhirnya mencuba Rawatan Homeopathy, dengan tiga kali kunjungan dalam masa sebulan pesakit sembuh sepenuhnya. Tidak batuk, tidak muntah selepas makan , selera makan kembali pulih dan dapat tidur dengan lena, tanpa gaya tidur menungging, mengigau dan tanpa tidur mengetap gigi. Tidak lagi suka tidur di tempat sejuk dan makan makanan sejuk.
Oleh itu dalam perbicaraan pertama menulis kes, sangat diperlukan untuk mengetahui sejarah keluarga pesakit, bagi menentukan konstitusi yang diwarisi oleh pesakit serta gambaran umum kesihatan keluarganya. Sejarah hidup pesakit perlu diselidik; Apakah penyakit yang di deritai sebelum ini ; pembedahan, kemalangan; di manakah tempat tinggalnya, penyelidikan khas berhubung dengan sakit yang menghadapi  di tempat panas atau di negeri sejuk; Pembentukan ke arah satu penyakit yang tertentu ; Berapa kali di suntik (inoculations)?; Kejadian yang membentuk jiwa, seperti terperanjat melampau, putus harapan, dukacita; Perkerjaannya dan emosi semasa perlu diambil kira. Kata kunci rawatan bila pesakit menyatakan keluhannya; Saya tidak pernah sihat sejak……………………”.Perkara ini sangat diambil berat oleh seorang Doktor Homeopathy.
Tiap-tiap penyakit mempunyai permulaan dan hanya penyelidikan yang teliti barulah di temukan sebab yang sebenar dari sesuatu penyakit itu.Bila ditemukan puncanya , insyaalah penyakit dapat disembuhkan sepenuhnya. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati yang telah ditentukan oleh Allah.
Dr(H) Norhayati Jasman ,MDH (Sussex),BHMS

No comments:

Post a Comment